Kementerian Pelajaran (MOE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan mereka kembali lagi dengan Pameran #mydigitalmaker 2018 pada akhir September ini iaitu 29 dan 30.
Pameran ini dianjurkan bagi menangani keperluan negara untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi akan datang dalam industri dunia digital. Melalui perkongsian akademik awam-swasta, pameran #mydigitalmaker bertujuan untuk mengubah mentaliti belia Malaysia menjadi pengguna teknologi digital kepada pengeluar digital.
Gerakan #mydigitalmaker dilihat berfokuskan kepada pendedahan kreativiti dan inovasi bagi generasi muda dalam digital dengan mengintegrasikan sains komputer dan pemikiran komputasi ke dalam kurikulum sekolah formal. Pergerakan yang dilancarkan pada bulan Ogos 2016 ini telah memberikan tumpuan kepada kemahiran seperti pengekodan, pembangunan aplikasi, pencetakan 3D, robotik, pengaturcaraan yang lebih terperinci dan analisis data; kesemuanya akan membantu mengukuhkan lagi penyelesaian masalah dan kreativiti dalam kalangan generasi masa depan kita.
Pada masa yang sama, melalui gerakan ini dapat menyaksikan pengumuman Engage Media sebagai rakan kongsi acara rasmi dan Astro sebagai rakan media rasmi bagi Pameran #mydigitalmaker 2018. Berkemungkinan besar, pameran ini akan disokong bersama rakan kongsi industri seperti ADV Fusionex Sdn Bhd, Digi Telecommunications, Microsoft Malaysia Sdn Bhd, Shell Malaysia, dan Yayasan Sime Darby.
Pameran #mydigitalmaker turut dilihat sebagai manifestasi pada gerakan #mydigitalmaker di mana ia membawa kehidupan ekosistem dengan membawa lebih ramai pemain industri, ahli akademik dan kementerian kerajaan yang berkaitan di bawah satu bumbung. Malah ia turut meliputi fokus kepada pelajar, guru dan keluarga.
Platform ini turut memberikan pengalaman peribadi berkepada orang ramai berkenaan digital. Sebelum ini, pesta pertama telah diadakan pada 16 dan 17 September 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Acara ini menyaksikan kira-kira 20,000 pelawat dan telah mendatangkan pelbagai kejayaan besar.