Cari @ Amanz

Google hari ini menyambut ulang-tahun ke-10 pelayar web Google Chrome, dimana bersama-sama dengannya Google turut telah melancarkan antaramuka baru untuk pelayar web berkenaan melalui Chrome 69.

Rekaan antaramuka baru ini menggunakan elemen Material Design yang telah mula diguna-pakai oleh Google pada sejumlah aplikasi mereka. Ia kini tampak lebih kemas, selain turut menawarkan antaramuka selari pada pelbagai platform dan saiz peranti.

Chrome Baru

Google juga kini menambah-baik lagi sokongan pada bar alamat Chrome, dimana pengguna boleh mendapat jawapan untuk sejumlah persoalan dengan terus menaip padanya tanpa perlu membuka halaman carian Google. Google turut mengatakan Chrome akan memberikan cadangan sesuatu tab yang sedia dibuka ketika anda membuat carian pada bar URL berkenaan. Dalam kemaskini akan datang, Google turut mengatakan pengguna kelak boleh melakukan carian fail Google Drive terus melalui bar alamat berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati sejumlah ciri-ciri yang disertakan bersama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd