Cari @ Amanz

Instagram sebelum ini telah hadir dengan sebuah aplikasi khusus yang memfokuskan kandungan video, dinamakan sebagai IGTV. Terkini, lanjutan daripadanya, menurut laporan baru, ia dikatakan Instagram sedang turut membangunkan sebuah aplikasi baru yang memfokuskan jual-beli dan e-dagang – yang mungkin dinamakan IG Shopping.

Melalui aplikasi baru ini, pengguna dijangka akan dapat melihat penawaran produk-produk daripada para penjual, dan terus melakukan pembelian pada aplikasi berkenaan.

Langkah ini turut akan memposisikan Instagram sebagai salah satu laman jual-beli, dan menawarkan alternatif kepada para penjual daripada perlu membuka kedai menggunakan Shopify dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Instagram akan melancarkan aplikasi berkenaan. Untuk makluman, Instagram sedia mengintegrasikan sokongan beli-belah pada aplikasi mereka – namun tidak diaktifkan kepada semua pengguna lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd