Cari @ Amanz

Aplikasi Art Selfie Yang Memadankan Swafoto Dengan Karya Seni Kini Boleh Dimuat Turun

Link Copied!

Fungsi Art Selfie memadankan gambar swafoto pengguna dengan hasil seni di beberapa muzium dan galeri terkemuka dunia. Ia pada awalnya hanya diaktifkan untuk pengguna di Amerika Utara. Bagi pengguna di Malaysia, penantian untuk menggunakan Art Selfie berakhir semalam.

Anda boleh memadankan gambar swafoto peribadi dengan hasil seni terkemuka menggunakan aplikasi Google Arts and Culture. Sejurus selepas aplikasi dilancarkan, pengguna boleh mengakses fungsi Art Selfie dari paparan utama. Karya seni manakah yang menyerupai wajah anda? Sila kongsi di ruangan komen di bawah.

 


Komen ()