Bootloader Pocophone F1 Kini Boleh Dinyahkunci Dalam Masa 3 Hari
Artikel Berkaitan

Bootloader Pocophone F1 Kini Boleh Dinyahkunci Dalam Masa 3 Hari

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Sejak Pocophone F1 dilancarkan, semua sedia maklum ia adalah sebuah peranti berharga sangat mampu milik dan mempunyai spesifikasi sesebuah peranti mercu. Jadi, ramai pengguna dan pembangun yang gemar mengubahsuai sistem peranti, tidak sabar untuk mengubah Pocophone F1 baik dari mod untuk Magisk atau juga custom ROM.

Tetapi, baru-baru ini proses menyahkunci bootloader mengambil masa sehingga dua bulan – jadi ramai pengguna dan pembangun marah. Oleh itu, pengurus produk Xiaomi India – Jai Mani, mendengar rintihan pengguna dan mengubah kebenaran nyahkunci bootloader dari dua bulan ke hanya tiga hari sahaja.

Sebelum ini ia hanya mengambil masa beberapa jam, kemudian disebabkan sekuriti Xiaomi mengubah kebenaran menyahkunci dari beberapa jam kepada beberapa hari, kemudian seminggu dan dua bulan. Kini, para pengguna dan pembangun sudah boleh dengan tenang membangun dan/atau mengubahsuai Pocophone F1 tanpa perlu tunggu sehingga dua bulan.


TIPS & ULASAN