Carian
Kemaskini Tampalan Sekuriti September Kini Hadir Untuk Peranti Pixel Dan Nexus
September 5, 2018 Fahim Zahar

Sudah hampir sebulan versi akhir Android 9.0 Pie dilancarkan. Peranti seperti Pixel dan Essential sudah pun menerima kemaskini ini pada hari versi akhir itu diumumkan.

Kini bulan September sudah tiba, kemaskini tampalan sekuriti terbaru sudah hadir dan sedia dimuat turun. Google menerbitkan kemaskini ini untuk siri Google Pixel 2016, siri Google Pixel 2, Pixel C, Nexus 6P dan Nexus 5X. Kemaksini tampalan sekuriti kali ini memfokuskan penambahbaikan sekuriti dan juga membaiki beberapa pepijat berkaitan media.

Jika anda ingin muat turun dan kemaskini secara manual, anda boleh muat turun fail imej di laman pembangunan Google. Pilihan lain adalah tunggu kemaskini ini secara OTA.

 

Sumber: Buletin Sekuriti Android | Buletin Sekuriti Pixel/Nexus

Komen