Penggunaan iOS 11 Kini Mencecah 85%

Penggunaan iOS 11 Kini Mencecah 85%

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Google mengeluarkan peratusan terkini penggunaan versi Android pada minggu lalu. Android Pie masih belum kelihatan manakala Android Oreo hampir mencecah 15% selepas setahun diperkenalkan. Bagaimana pula situasinya pada peranti iOS?

Menurut angka terkini yang dikeluarkan semalam, 85% peranti kini menggunakan iOS 11 diikuti pula oleh iOS 10 (10%) dan lain-lain (5%). Peratusan penggunaan iOS 11 ini lebih rendah berbanding iOS 10 tahun lalu. Antara faktor ini berlaku ialah pepijat pada peranti lama, kelajuan pemproses yang dikurangkan serta masih ramai pengguna memiliki peranti berusia yang tidak menerima iOS 11. Sungguhpun begitu seperti yang dapat dilihat, majoriti pengguna iOS menggunakan versi paling terkini berbanding di Android.


TIPS & ULASAN