Sejak daripada 1 September 2018 lepas, kita telah melihat SST diimplementasikan, dimana secara langsung ia turut memberikan kesan terhadap tambah-nilai prabayar. Namun, hal berkenaan tidak disukai ramai kerana menyukarkan proses membeli perkhidmatan internet dan sebagainya selepas tambah-nilai kerana kredit yang diterima adalah kurang daripada nilai yang dibeli.
Kini, lanjutan daripadanya, kerajaan hari ini telah mengumumkan yang mana prabayar dikecualikan daripada SST bermula 6 September 2018 ini. Ini bermakna, bermula esok, pengguna yang membeli tambah-nilai sebanyak RM10 akan menerima kredit sebanyak RM10 ke akaun mereka, dan tidak ditolak seperti beberapa hari kebelakangan ini.
Pengumuman ini semestinya akan mengembirakan ramai pengguna prabayar seluruh negara, sekaligus memudahkan proses pembelian dan tambah-nilai untuk perkhidmatan prabayar.