Kuo – Apple Tiada Perancangan Menyertakan Sistem Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin

Kuo – Apple Tiada Perancangan Menyertakan Sistem Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Penggunaan pengimbas cap jari dalam skrin pada peranti Android kini sudah mula menjadi kebiasaan selepas dipelopori oleh Vivo. Terdapat dua jenis pengimbas iaitu optikal dan ultrasonik. Tahun hadapan semakin ramai pengeluar seperti Samsung contohnya dipercayai akan melancarkan peranti dengan sistem pengimbas cap jari ini.

Tetapi bagi peminat peranti Apple, fungsi ini mungkin tidak akan digunakan pada iPhone ataupun iPad dalam masa terdekat. Menurut penganalisa terkemuka Ming Chu Kuo, Apple tidak akan menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin pada peranti yang dikeluarkan pada 2019. Malahan mereka tidak mempunyai pelan pada waktu ini untuk menyertakannya. Ini besar kemungkinan adalah kerana sistem Face ID dilihat lebih boleh diandalkan dengan kesemua iPhone dan iPad 2018 dipercayai akan dilengkapi Face ID.

Tetapi tidak mengejutkan jika Apple akan akhirnya mengikut trend pasaran. Sebelum ini peranti dengan skrin besar dikatakan tidak diperlukan begitu juga dengan skrin OLED, kemampuan kalis air,  pengecasan pantas serta pengecasan nirwayar.


TIPS & ULASAN