Pada bulan lepas, Microsoft mengumumkan kemampuan rakaman panggilan video Skype. Kini, selepas dua bulan – fungsi ini hadir dalam kemaskini terbaru. Akan tetapi, fungsi ini hanya boleh digunakan pada Android dan iOS – untuk platform Windows ia akan hadir beberapa bulan lagi.
Lebih menarik, fungsi ini bukan sekadar membuat rakaman sahaja – tetapi pengguna turut boleh menyimpan fail rakaman tadi dan berkongsi dengan rakan lain. Walau bagaimanapun, setiap rakaman – kedua-dua pihak akan menerima notifikasi memberitahu panggilan video tersebut sedang dirakam.
Menurut Microsoft, fungsi rakaman ini adalah berasaskan awan. Jadi pengguna hanya mempunyai masa selama 30 hari untuk berkongsi atau menyimpan fail tersebut. Fail rakaman tadi pula akan disimpan dalam format .MP4 untuk kemudahan dimainkan semula pada pelbagai pemain video.
- Muat Turun Skype Untuk macOS/Windows Di Sini
- Muat Turun Skype Untuk iOS Di Apple App Store
- Muat Turun Skype Untuk Android Di Google Play Store