IDC – Apple Watch Memegang Peratusan Tertinggi Pasaran Peranti Boleh-Pakai Pada Suku Kedua 2018

IDC – Apple Watch Memegang Peratusan Tertinggi Pasaran Peranti Boleh-Pakai Pada Suku Kedua 2018

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Peranti boleh-pakai mula memasuki pasaran Malaysia sekitar empat tahun yang lalu. Ia hadir dalam bentuk jam tangan pintar dan penjejak kesihatan. Menurut angka terkini yang dikongsi oleh IDC, Apple Watch memegang peratusan tertinggi pasaran peranti boleh-pakai pada suku kedua 2018 dengan 17%.

Ini diikuti pula oleh Xiaomi (15.1%), Fitbit (9.5%), Huawei (6.5%) dan Garmin (5.3%). Secara keseluruhan jualan peranti boleh-pakai meningkat 5.5% berbanding suku yang sama tahun 2017. Tetapi jualan mencatatkan penyusutan 6.3% di pasaran Amerika Utara, Eropah Barat dan Jepun. Ini dipercayai berlaku kerana pengguna sedang menantikan model terkini dilancarkan. Pada waktu yang sama permintaan untuk jam tangan pintar melonjak dengan pengguna tidak lagi merasakan penjejak kesihatan memenuhi keperluan mereka.


TIPS & ULASAN