Lex Ialah Kerusi Boleh-Pakai Yang Membenarkan Pemakai Duduk Dimana-Mana

Lex Ialah Kerusi Boleh-Pakai Yang Membenarkan Pemakai Duduk Dimana-Mana

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Setiap kali pergi ke konsert atau membeli belah, adalah sukar untuk mencari tempat duduk. Bagi mereka yang bosan tiadanya tempat duduk, anda boleh memesan Lex, sebuah kerusi boleh-pakai pada bahagian tubuh. Ia mempunyai fungsi seakan Chairless Chair yang kami laporkan tahun lalu.

Ia adalah eksorangka seberat 1 kilogram dan dibuat daripada aluminium industri aeronautik. Untuk berubah menjadi kerusi, terdapat sebuah tuil yang perlu ditarik. Menurut pereka Lex, kerusi boleh-pakai mereka ini menyokong berat pengguna sehingga 120 kilogram tanpa masalah. Ketika di dalam posisi terlipat, ia turut boleh berfungsi sebagai penampung beg yang digalas pada bahu. Kerus ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh disokong pada harga SGD 256 (~RM 770).


TIPS & ULASAN