Cari @ Amanz

Pada tiga bulan lalu, Xiaomi telah melancarkan treadmill pintar mudah alih – Xiaomi WalkingPad. Akan tetapi, treadmill ini hanya boleh dibeli melalui laman biayasama Youpin di China sahaja. Kini, Xiaomi dilihat ingin memperkenalkan produk ini ke tahap global dengan melancarkannya melalui laman biayasama terkenal Kickstarter.

Xiaomi WalkingPad ini direka dengan saiz yang padat, boleh dilipat, paparan LED kecil dan juga di kawal hanya dengan alat kawalan jauh atau aplikasi. Ia tidak mempunyai pemegang atau panel kawalan seperti treadmill biasa.

Tidak pasti lagi harga untuk pasaran global, tetapi di China pada harga RMB1699 (~RM1051) sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd