Facebook Menyaman BlackBerry Kerana Didakwa Melanggar Paten Teknologi Mesej Suara

Facebook Menyaman BlackBerry Kerana Didakwa Melanggar Paten Teknologi Mesej Suara

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Pada bulan Mac yang lalu, Facebook disaman oleh BlackBerry kerana dituduh melanggar paten sistem pemesejen. Hari ini Facebook membalasnya dengan memfailkan saman ke atas BlackBerry kerana dituduh melanggar paten teknologi mesej suara yang dipegang oleh mereka.

BlackBerry turut dituduh melanggar enam paten Facebook yang merangkumi sistem penghantaran grafik, video, audio dan sistem penjejakan serta menganalisa data GPS. Pihak Facebook tidak menetapkan berapakah jumlah ganti rugi yang mereka inginkan dari BlackBerry di dalam saman yang difailkan hari ini.


TIPS & ULASAN