Pocophone F1 Menerima Kemaskini Baru – Hadir Dengan Butang Navigasi AOSP Dan Penambahbaikan Kamera
Artikel Berkaitan

Pocophone F1 Menerima Kemaskini Baru – Hadir Dengan Butang Navigasi AOSP Dan Penambahbaikan Kamera

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Pocophone F1 oleh Xiaomi adalah telefon pintar dengan spesifikasi sesebuah peranti mercu yang dijual pada harga yang sangat mampu milik. Pocophone F1 juga adalah antara telefon pintar yang dikatakan adalah mesra kepada para pembangun. Oleh itu, proses nyahkunci bootloader dipercepatkan dari dua bulan ke hanya tiga hari.

 

Terkini, Pocophone F1 menerima kemaskini baru iaitu v9.6.18.0 OEJMIFD. Dalam kemaskini ini, Xiaomi membawakan butang navigasi yangserupa dengan butang navigasi AOSP. Selain itu, pemprosessan imej untuk kamera turut ditambahbaik.

Lain-lain perubahan anda boleh rujuk changelog dalam peranti anda. Kemaskini ini sudah pun hadir dan boleh dimuat turun secara OTA.


TIPS & ULASAN