Cari @ Amanz

Samsung Internet adalah pelayar web daripada Samsung. Ia hadir secara terpasang dalam semua peranti Samsung. Ia turut mempunyai fungsi log masuk laman web atau membuat pembayaran dengan sekuriti imbasan wajah dan mata.

Terkini, Samsung Internet dikemaskini dengan fungsi muat turun yang lebih laju, fungsi ‘Do Not Track’ untuk menghalang dari laman web mengumpul data pengguna, kemampuan memindah laman web yang disimpan dari satu peranti ke peranti lain melalui Smart Switch dan enjin pelayarnya dikemaskini daripada Chromium M59 in v7.x ke Chromium M63 for v8.x.

Walau bagaimanapun, fungsi-fungsi ini hanya hadir dalam versi 8.2 beta. Jika pengguna ingin mencubanya, Samsung telah pun terbit pelayar web ini di dalam Google Play Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd