Carian
Celcom Akan Menawarkan Rebat Untuk Pelanggan Yang Membeli Pelan Prabayar Sejak 1 September (Dikemaskini)
September 5, 2018 Aman

Kemaskini : Celcom mengatakan rebat yang ditawarkan adalah dalam bentuk minit-panggilan yang disediakan ketika tambah-nilai dan bukannya rebat tambahan dalam bentuk tambah-nilai.

Kerajaan hari ini telah mengumumkan yang mana tambah-nilai prabayar akan dikecualikan daripada SST bermula esok, 6 September 2018.

Selari dengannya, kini Celcom turut telah mengumumkan yang mana mereka menyokong usaha kerajaan, dan mereka akan turut mengecualikan perkhidmatan prabayar mereka daripada SST.

Pada masa yang sama, Celcom turut mengatakan yang mana mereka akan menawarkan rebat cukai untuk pelanggan tempatan yang telah membeli pelan prabayar sejak 1 September 2018 lepas. Bagi anda yang telah membuat tambah-nilai dan membeli pelan prabayar, mungkin akan menerima rebat dalam hari-hari akan datang.

Komen