Vivo V11 Dilancarkan Dengan Skrin Bertakuk Kecil Dan Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin

Vivo V11 Dilancarkan Dengan Skrin Bertakuk Kecil Dan Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Vivo V11 dilancarkan sebentar tadi sebagai peranti kemaskini kepada V9 yang dilancarkan awal tahun ini. Mengikut trend Oppo, Vivo turut menggunakan rekaan takuk yang kecil pada V11 yang kini diberikan nama Halo Fullview Display. Ini meningkatkan peratusan permukaan skrin kepada permukaan hadapan ke 91.27%. Ia juga kini mempunyai sistem imbasan cap jari terbina dalam skrin seprti NEX dan X21 sebelum ini.

Dari segi spesifikasi Vivo V11 dilengkapi skrin 6.41″ SAMOLED dengan resolusi FHD+. dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 256GB. Kamera utama adalah gabungan sensor 12+5 Megapixel f/1.8 dan kamera swafotonya pula sebesar 25-Megapixel f/2.0. Bateri sebesar 3400 mAh membekalkan kuasa dan menyokong pengecasan pantas Dual Engine menggunakan port mikroUSB.

Masih terdapat sebuah bicu audio pada V11 bagi mereka yang masih belum bersedia menggunakan peralatan audio nirwayar. Tetapi aneh sekali NFC tidak pula disertakan. Sistem operasinya pula ialah Android 8.1 dengan pelancar Funtouch OS 4.5. Turut disertakan ialah sistem Funmoji yang bolehlah dikatakan adalah jawapan Vivo kepada Animoji. Akhir sekali peranti turut boleh dinyahkunci menggunakan wajah. Harga masih belum diumumkan tetapi ia Vivo V11 ditawarkan dalam dua warna cerun iaitu Starry Night dan Nebula Vision.


TIPS & ULASAN