Cari @ Amanz

Wakil Xiaomi Didapati Menipu – Sampel Gambar Pocophone F1 Diambil Dari Mi Mix 2S

Link Copied!

Donovan Sung, iaitu pengarah pengurus produk untuk Xiaomi baru-baru ini menerbitkan gambar di Instagram beliau. Gambar tersebut dikatakan adalah daripada Pocophone F1 oleh Xiaomi.

Tetapi, beliau didapati menipu selepas pengguna dari Reddit menemui sesuatu yang aneh. Gambar yang dikatakan dari Pocophone F1 tadi sebenarnya adalah daripada Mi Mix 2S. Bezanya adalah, gambar yang dikatakan dari Pocophone F1 telah disunting dan tera-air ‘SHOOT ON MI MIX 2S’ dibuang.

Penipuan dalam arena telefon pintar sebenarnya telah menjadi perkara biasa. Sebelum ini, saya telah pun tulis artikel ‘8 Penipuan Pemasaran Dalam Arena Telefon Pintar‘.


Komen ()