Cari @ Amanz

Honor hari ini telah memperkenalkan dua peranti baru di China, iaitu Honor 8X dan juga Honor 8X Max. Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan penawaran dwi-kamera belakang.

Honor 8X

Honor 8X hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci dengan paparan resolusi 2340×1080 pixel, dijana cip Kirin 710, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Honor turut melengkapkan ia dengan bateri berkapasiti 3750mAh, selain menyokong dwi-SIM dan mikro-SD bersama-sama dengannya.

Untuk rakaman gambar, Honor 8X menggunakan kamera belakang 20-megapixel + 2-megapixel, selain kamera hadapan 16-megapixel.

Honor 8X Max

Honor 8X Max pula peranti dengan skrin lebih besar. Ia menggunakan panel 7.12-inci dengan paparan resolusi 2244×1080 pixel, dijana cip Snapdragon 636, memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 64GB. Variasi menggunakan Snapdragon 660 dengan 6GB RAM juga dijangka menyusul pada Oktober kelak.

Dengan rekaan peranti besar, ia juga turut memuatkan kapasiti bateri lebih besar – iaitu 5000mAh. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang gabungan 16MP + 2MP, sementara kamera swafoto 8-megapixel.

Honor 8X Max juga hadir menggunakan rekaan takuk yang kecil dan sedikit bulat seumpama Essential Phone.

Kedua-dua peranti ini baru sahaja diumumkan di China. Kita mungkin melihat ia memasuki pasaran tempatan dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd