Kerajaan Akan Berbincang Untuk Melaksanakan Cukai Bagi Perniagaan Atas-Talian

Kerajaan Akan Berbincang Untuk Melaksanakan Cukai Bagi Perniagaan Atas-Talian

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Arena e-dagang di Malaysia telah sedia memperlihatkan peningkatan yang baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, selari dengannya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bakal mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan untuk berbincang perlaksanaan cukai bagi aktiviti perniagaan secara atas-talian.

Hal ini selari dengan langkah kerajaan untuk menambah hasil pendapatan baru negara. Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal – dimana ia akan dibincangkan secara terperinci sebelum mekanisma perlaksanaan cukai dijelaskan. Kadar cukai dan sebagainya juga masih belum diumumkan buat masa ini.

Pada hari ini, terdapat pelbagai kaedah jual-beli yang dilakukan peniaga atas-talian, termasuk dengan menggunakan laman sendiri, menggunakan portal seumpama Lazada atau Shopee, mahupun menggunakan media sosial. Malah, selain aktiviti jual beli barang, terdapat juga perkhidmatan lain yang ditawarkan secara atas-talian, termasuk mereka yang menggunakan akaun media sosial untuk mempromosikan barangan.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai perbincangan ini dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN