Dua Snapchat Spectacles Baharu Dilancarkan Dengan Rekaan Seperti Kaca Mata Biasa

Dua Snapchat Spectacles Baharu Dilancarkan Dengan Rekaan Seperti Kaca Mata Biasa

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Snapchat Spectacles ialah kaca mata pintar yang mempunyai kemampuan merakam video pendek 10 saat dan gambar terus ke akaun Snapchat pengguna. Ia bukanlah produk yang digunakan secara meluas kerana sehingga kini kami masih belum pernah melihatnya digunakan di dunia sebenar. Sungguhpun produk ini mengakibatkan kerugian kepada Snap, dua model baru dilancarkan semalam.

Model Veronica dan Nico mempunyai rekaan yang lebih menyerupai kaca mata hitam biasa. Walaupun menggunakan nama lelaki dan wanita, kedua-dua model terkini Spectacles ini sebenarnya adalah kaca mata uniseks. Tiada perbezaan spesifikasi berbanding model Snapchat 2.0 . Ia masih mempunyai kamera dengan lensa f/2.2 yang merakan gambar dan video dalam bentuk bulat dan storan sebesar 4GB. Apabila rakaman dilakukan, lampu LED pada bingkai kiri akan menyala.

Lensa berpolaroid digunakan dan boleh digantikan dengan lensa berkuasa sekiranya pengguna adalah rabun. Di Amerika Syarikat sepasang kaca mata baharu ini dijual pada harga $200 (~RM 830) sepasang.


TIPS & ULASAN