Cari @ Amanz

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum model terkini iPhone dilancarkan. Tiga model dipercayai akan memasuki pasaran tahun ini dengan dua model dengan skrin OLED dijual terlebih dahulu. Menurut laporan dari Jerman, nama yang bakal digunakan ialah iPhone Xs untuk peranti dengan skrin 5.8″ dan iPhone Xs Max untuk peranti dengan skrin 6.5″.

Apple iPhone XSNama untuk model dengan skrin LCD 6.1″ masih lagi misteri. Pada waktu yang sama harga jualannya pula dikatakan bermula dari $699 (~RM 2900) sebuah. iPhone Xs akan dijual pada harga bermula dari $799 (~RM 3312) manakala Xs Max pula bermula dari $999 (~RM 4149). Kesemua harga yang tertiris ini adalah untuk model dengan storan 64GB.

Sekiranya maklumat ini adalah benar, iPhone Xs dijual pada harga yang lebih mampu milik ketika dilancarkan berbanding iPhone X walaupun mempunyai saiz skrin yang sama dan pemproses lebih berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd