Cari @ Amanz

Seperti dilaporkan kami semalam, kini Telekom Malaysia telah secara rasminya membuka pendaftaran untuk pelan Unifi Pro 100Mbps pada harga RM129 sebulan.

Melalui penawaran baru ini, ia menawarkan kuota tanpa had, kelajuan muat-turun mencapai 100Mbps, dan kelajuan muat-naik mencapai 50Mbps.

Unifi 100Mbps

Pakej baru ini tidak menawarkan Set Top-Box untuk Unifi TV digunakan di televisyen, sebaliknya menawarkan akses melalui Unifi PlayTV sahaja. Pengguna juga disediakan dengan 600 minit panggilan percuma ke sebarang talian seluruh Malaysia.

Penawaran baru ini menggantikan pakej 10Mbps yang ditawarkan pada harga sama sebelum ini. Bagi pengguna pakej berkenaan sebelum ini, mereka akan menerima kemaskini Unifi Turbo mengikut lokasi secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang.

Bersama-sama dengan kemaskini baru ini, Telekom Malaysia dilihat kini hanya menawarkan dua pakej sahaja untuk pendaftaran Unifi, iaitu Unifi Basic 30Mbps dengan 60GB kuota, atau Unifi Pro 100Mbps pada harga RM129 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd