Kelajuan Teras-Teras Cip HiSilicon Kirin 980 Kini Diketahui

Kelajuan Teras-Teras Cip HiSilicon Kirin 980 Kini Diketahui

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Cip HiSilicon Kirin 980 diumumkan minggu lalu di Berlin dengan lapan teras yang dibahagikan kepada tiga teras berkonfigurasi 2+2+4. Ia turut dilengkapi dwi-NPU khusus untuk tugasan kecerdasan buatan. Peranti pertama yang akan menggunakan Kirin 980 adalah Huawei Mate 20 yang dilancarkan bulan hadapan.

Hari ini kelajuan tri-kluster teras cip ini akhirnya diketahui selepas diperlihatkan di acara di China. Dua teras Cortex A76 berfungsi pada kelajuan 2.6 GHz, dua lagi teras Cortex A76 pada kelajuan 1.92 GHz dan empat teras Cortex A55 pada kelajuan 1.8 GHz.  Kirin 980 ialah cip pertama yang dihasilkan menggunakan teknologi 7nm dan dikatakan 120% lebih berkuasa berbanding cip Kirin 970.


TIPS & ULASAN