YouTube Untuk Android Mula Menerima Tema Gelap
September 6, 2018
Aplikasi
Effi Saharudin
Pilihan tema gelap pada iOS mula diaktifkan sekitar bulan Mac. Bagi pengguna peranti Android, tema gelap ini akhirnya diaktifkan hari ini. Selepas tema diaktifkan, antaramuka berubah menggunakan warna kelabu gelap yang mengurangkan silau ketika digunakan pada waktu malam.

Untuk mengaktifkan mod ini anda hanya perlu mengemaskini aplikasi YouTube ke versi 13.35.51. Pergi ke skrin Setting dan kemudian menekan pilihan General. Anda akan dapat melihat pilihan Dark Theme dalam senarai yang dipaparkan pada skrin. Buat masa ini kami hanya menemui tema gelap pada peranti yang menggunakan Android 8.1 ke atas sahaja. Selamat mencuba.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.