Xiaomi Mi TV 4A Bersaiz 32-inci Dilancarkan Di Indonesia – Mungkinkah Akan Hadir Ke Malaysia Selepas Ini?

Xiaomi Mi TV 4A Bersaiz 32-inci Dilancarkan Di Indonesia – Mungkinkah Akan Hadir Ke Malaysia Selepas Ini?

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Xiaomi telah mula menawarkan satu demi satu produk mereka untuk pasaran global. Terkini, pengeluar terkemuka dari China berkenaan telah mula menawarkan Xiaomi Mi TV 4A untuk pasaran Indonesia.

Xiaomi Mi Tv 4A

Xiaomi Mi TV 4A merupakan kaca televisyen dengan sokongan paparan HD, skrin bersaiz 32-inci. Ia menawarkan paparan berasaskan LED, selain turut dilengkapi sistem pintar yang Xiaomi memanggilnya sebagai PatchWall.

Melalui PatchWall, Xiaomi menawarkan sejumlah kandungan untuk pengguna menikmati terus pada kaca televisyen berkenaan.

Di Indonesia, Mi TV 4A ini ditawarkan pada harga Rp 1.999.000 iaitu sekitar RM558 – sekaligus membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan televisyen pintar untuk rumah mereka. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah televisyen pintar daripada Xiaomi ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN