Kejohanan Dota 2 Kuala Lumpur Major Bakal Diadakan Dengan Hadiah Berjumlah Lebih 4 Juta

Kejohanan Dota 2 Kuala Lumpur Major Bakal Diadakan Dengan Hadiah Berjumlah Lebih 4 Juta

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Dota 2 merupakan salah satu permainan video yang mempunyai angka pemain dan peminat yang tinggi. Terkini, acara kejohanan Dota 2 The Kuala Lumpur Major telah diumumkan, dimana acara akhirnya akan diadakan pada bulan November ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Acara The Kuala Lumpur Major ini merupakan pertandingan dibawah siri Dota Pro Circuit untuk musim 2018/19. Melalui acara berkenaan, sebanyak 16 pasukan antarabangsa dijangka menyertainya, sekaligus berebut hadiah terkumpul lebih daripada RM4 juta.

The Kuala Lumpur Major

Kuala Lumpur Major ini diadakan untuk julung kalinya, dimana ia dianjurkan hasil kerjasama beberapa pihak – termasuk Astro, PGL dan juga Imba TV.

Pusingan kelayakkan untuk Kuala Lumpur Major ini akan diadakan bermula 16 September ini, dan acara akhirnya akan berlangsung pada 16 hingga 18 November ini di Axiata Arena.

Bagi penonton pula, anda boleh membuat tiket untuknya akan dijual dalam pilihan harga RM180, RM330 dan juga RM600. Untuk pemain juga, anda turut boleh mendaftar untuk menyertai pusingan kelayakkan rantau Asia Tenggara dan turut bersaing bagi memenangi kejohanan ini.

Layari : The Kuala Lumpur Major


TIPS & ULASAN