Google Menyenaraikan 12 Peranti Tahan Lasak Dalam Program Android Enterprise Recommended

Google Menyenaraikan 12 Peranti Tahan Lasak Dalam Program Android Enterprise Recommended

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Android Enterprise Recommended adalah program dari Google yang mengesyorkan peranti yang sesuai untuk kegunaan korporat. Kali terakhir kami laporkan berkenaan program ini adalah dua bulan lepas, di mana Google menyenaraikan lagi 14 peranti.

Kini, Google mengembangkan lagi program ini dengan mengesyorkan peranti pintar tahan lasak.

  1. Zebra TC20
  2. Zebra  TC 25
  3. Zebra TC51
  4. Zebra TC56
  5. Zebra TC70X
  6. Zebra TC75X
  7. Honeywell CT40
  8. Honeywell CT60
  9. Honeywell CN80
  10. Sonim XP8
  11. Point Mobile PM45
  12. Datalogic Memor 10 (belum dilancarkan)

Kebiasaannya, untuk sesebuah peranti itu dimasukkan dalam senarai yang disyorkan Google untuk kegunaan korporat adalah; spesifikasi yang baik, sokongan kemaskini sistem operasi dan kemampuan memberi kemaskini tampalan sekuriti sekurang-kurangnya lima tahun. Terbaru, Google menambah di mana jika sesebuah peranti tahan lasak itu layak disyorkan ia mesti melepasi ujian kejatuhan.


TIPS & ULASAN