Telefon Pintar Android Kecil Palm Tertiris Lagi

Telefon Pintar Android Kecil Palm Tertiris Lagi

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Bulan lepas, telefon pintar Palm tertiris. Ia sebuah peranti pintar bersaiz kecil dengan skrin 3.3-inci, panel 720p LCD, dan mempunyai bateri sebesar hanya 800mAh. Kini, sekali lagi imej pengolokan peranti dengan kod nama ‘pepito‘ ini tertiris. Kali ini butiran peranti ini lebih jelas.

Jika dilihat pada skrin, ia memfokuskan sejumlah aplikasi utama dari Google. Selain itu, dari segi rekaan antaramuka ia dilihat menjalankan sistem Android dengan antaramuka tersendiri. Menurut sumber sebelum ini, sistem Androidnya adalah berasaskan Android Oreo 8.1.

Selain itu, peranti ini turut dijana dengan cip pemproses Snapdragon 435, mempunyai memori 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Peranti ini turut tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.


TIPS & ULASAN