Google Photos Untuk Android Turut Menerima Kemaskini Antaramuka Baharu

Google Photos Untuk Android Turut Menerima Kemaskini Antaramuka Baharu

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Sejak kebelakangan ini, Google kerap mengemaskini satu demi satu antaramuka aplikasi-aplikasi mereka. Baik dari rekaan yang baru sehinggalah penggunaan font Google Sans. Semalam, semua platform Google Chrome telah dikemaskini dengan antaramuka baru sempena ulang tahun ke-10 mereka. Kini, giliran Google Photos pula.

Setiap ikon, tulisan, kotak, cards dan warna yang digunakan kini lebih selari dengan hampir semua perkhidmatan Google. Selain itu, ia mempunyai mirip antaramuka Android 9.0 Pie.

Terdapat juga fungsi baru, yang mana menurut pihak Android Police – fungsi ini mungkin satu pepijat. Kerana ia tidak selalu berfungsi. Jika anda tatal gambar ke atas ia akan terus memaparkan butiran gambar tersebut.

Kemaskini Google Photos baru ini akan hadir bermula hari ini secara berperingkat. Jika anda tidak sabar untuk mencubanya – anda boleh muat turun fail .APK di laman APK Mirror.

Muat Turun Google Photos Di Google Play Store


TIPS & ULASAN