ZTE adalah syarikat dari China. Di mana sub-syarikat mereka adalah Nubia. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan Nubia Z18. Sebuah peranti mercu dengan skrin nirbingkai dengan nisbah 91.8%.
Nubia Z18 dijana dengan cip Snapdragon 845, skrin bertakuk seakan Essential Phone, panel 5.99-inci FHD+ dan mempunyai ‘dahi’ dan ‘dagu’ yang sangat nipis. Dari segi memori ia mempunyai pilihan RAM 4/6 GB, storan 64/128 GB dan bateri berkapasiti 3,450mAh dengan sokongan pengecasan pantas QC4.0. Lebih menarik ia hadir dengan sistem penyejukan tersendiri – kawalan suhu Neo Power.
Kamera utama adalah 16 + 24 megapixel, manakala untuk swafoto ia menggunakan lensa 8 megapixel. Kamera Nubia Z19 ini juga mampu merakam video gerak perlahan pada kadar 960fps.
Di China, peminat sudah boleh mula membuat pra-tempahan melalui laman rasmi Nubia. Ia ditawarkan dalam warna hitam, merah dan edisi khas ‘Starry Night‘. Untuk model 64/6 GB ia dijual pada harga RMB2,799 (~RM1,698), 128/8 GB pula pada harga RMB3,299 (~RM2001) dan yang edisi terhad tadi pada harga RMB3,599 (~RM2183) sahaja.
Tiada maklumat sama ada Nubia Z18 ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak. Apa-apa pun teruskan membaca Amanz untuk berita-berita terkini.