Cari @ Amanz

Samsung merupakan salah satu pengeluar yang terkenal dengan kamera yang berkualiti tinggi pada peranti mercu mereka. Hal ini diteruskan pada Galaxy Note 9 yang terbaru.

Samsung Galaxy Note 9 menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang yang turut menawarkan lensa dengan bukaan boleh-laras untuk mengoptimasikan rakaman pada pelbagai keadaan cahaya.

Galaxy Note 9 menggunakan dwi-kamera 12-megapixel dibelakang yang menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 2 kali, serta kebolehan rakaman gerak-perlahan 960fps bersama dengannya.

Samsung Galaxy Note 9

Apa yang menariknya adalah keupayaan kamera Samsung Galaxy Note 9 bersama-sama kelebihan perisian mereka yang menghasilkan gambar dengan warna yang diperkaya – sekaligus menjadikannya cantik untuk dikongsikan pada media sosial.

Kamera pintar pada Galaxy Note 9 juga akan dapat mengenal-pasti objek yang ingin anda rakamkan – seterusnya mengoptimasikan kadar tona warna secara automatik.

Bagi anda yang sering merakamkan gambar dimana-mana tanpa mengira waktu, mungkin Galaxy Note 9 adalah telefon untuk anda.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd