Volvo Memperlihatkan Konsep Kereta Swapandu Dengan Bilik Tidur Terbina

Volvo Memperlihatkan Konsep Kereta Swapandu Dengan Bilik Tidur Terbina

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Setiap kali tiba musim perayaan, ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung mengakibatkan kesesakan di lebuh raya utama. Tidak mengejutkan penjalanan dari Selatan ke Utara yang biasanya mengambil masa lima jam menjadi perjalanan selama 12 jam. Ini pernah kami alami sendiri beberapa tahun yang lalu. Oleh itu konsep kereta swapandu Volvo terkini ini amat menarik perhatian kami.

Volvo 360c Autonomous Concept Car mempunyai kabin yang boleh berubah menjadi bilik tidur dalam untuk perjalanan jarak jauh atau pada waktu malam. Kabin ini turut boleh berubah menjadi ruang pejabat kerana tidak mempunyai stereng kawalan seperti kereta semasa. Cermin kenderaan juga boleh memaparkan maklumat terkini atau menjadi skrin menonton filem ketika bosan.

Konsep ini mungkin kelihatan terlalu futuristik tetapi dengan kemajuan sistem swapandu tahap 4, ia tidak mustahil akan menjadi realiti dalam masa terdekat. Masalah kepenatan untuk pulang berhari raya mungkin akan pupus.


TIPS & ULASAN