Carian
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Mengarahkan Promosi LaVida Coin Dihentikan
September 6, 2018 Effi Saharudin

Kriptowang LaVida Coin diumumkan pada 24 Ogos yang lalu sebagai platform pelaburan serta mat awang kripto untuk e-dompet LavidaPay. Hari ini pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengarahkan penganjur kriptowang ini supaya menghentikan kesemua aktiviti promosinya.

Ini dilakukan sementara menanti semakan lanjut oleh pengawal selia SC terhadap LavidaCoin. Arahan dari SC ini dikeluarkan lebih kurang dua minggu selepas syarikat VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) di sebalik LaVida Coin dimasukkan ke dalam senarai amaran Bank Negara Ini juga sekaligus menjadikan syarikat dan laman berkenaan tidak diiktiraf dan diluluskan di bawah undang-undang. Pengguna diarahkan supaya berhati-hati ketika melakukan pelaburan

Komen