Journal Milik Leonardo da Vinci Kini Boleh Diakses Secara Atas Talian

Journal Milik Leonardo da Vinci Kini Boleh Diakses Secara Atas Talian

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Leonardo da Vinci ialah antara pencipta dan pelukis paling ternama dalam sejarah dunia. Beliau antara yang terawal mempunyai idea menghasilkan kapal terbang, kereta kebal dan juga helikopter. Sepanjang hidup beliau, da Vinci menyimpan banyak journal yang mengandungi lakaran ciptaan, kajian anatomi dan idea. Majoriti journal ini tidak dapat diakses pengguna biasa kerana nilai sejarahnya yang tinggi.

Sebahagian journal beliau yang dikenali sebagai Codex Forster kini boleh diakses secara atas talian. Journal pertama dari lima (tetapi dikumpul menjadi tiga jilid) di dalam Codex Forster telah diimbas oleh Victoria And Albert Museum. Pengguna boleh membaca kandungan journal edisi digital ini secara percuma. Ia mengandungi lakaran da Vinci dari tahun 1487-90 dan 1505. Journal-journal ini telah didalami simpanan Victoria and Albert Museum sejak diberikan kepada mereka pada tahun 1876 oleh John Forster.

Antara subjek yang disentuh ialah perkiraan hidrodinamik dan bagaimana mengira isi padu pepejal. Kesemua tulisan di dalam journal adalah ditulis terbalik dan perlu dibaca menggunakan cermin. Leonardo da Vinci menulis secara terbalik kerana tidak mahu idea beliau dicuri oleh orang lain.

Layari laman journal Leonardo da Vinci menerusi laman V&A Museum


TIPS & ULASAN