Realme, salah satu pengeluar telefon pintar yang merupakan sub-jenama Oppo hari ini mengumumkan yang mana mereka akan memperluaskan penawaran untuk rantau Asia Tenggara – dan bakal melancarkan telefon pintar mereka untuk pasaran Malaysia.
Realme menyasarkan pasaran pengguna remaja, dan pada masa yang sama hadir dengan harga yang lebih mampu-milik, selain dilengkapi ciri-ciri dan teknologi terkini.
Realme telah beroperasi secara rasminya sejak beberapa bulan lepas, dan telah melancarkan dua peranti buat masa ini, iaitu Realme 1 dan juga Realme 2. Sebelum ini, peranti berkenaan hanya ditawarkan di India sahaja – dimana ia menerima permintaan yang tinggi dan positif disana.
Realme mengatakan Realme 2 yang hadir dengan rekaan bertakuk dan dwi-kamera belakang akan ditawarkan di Malaysia dengan harga yang menakjubkan tidak lama lagi.