Samsung Dijangka Turut Hadir Dengan Variasi Galaxy S10 Bersama Sokongan 5G

Samsung Dijangka Turut Hadir Dengan Variasi Galaxy S10 Bersama Sokongan 5G

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Desas-desus berkenaan Samsung Galaxy S10 bukan sesuatu yang baru. Ia telah sedia dikatakan yang mana Samsung akan hadir dengan tiga variasi Galaxy S10, termasuk model berspesifikasi tinggi yang menggunakan nama Galaxy S10 Plus.

Terkini, menurut laporan baru, Samsung dikatakan turut akan menawarkan variasi versi 5G untuk Galaxy S10 Plus ketika pelancaran kelak. Walaubagaimanapun, penawaran model berkenaan adalah amat terhad – apatah lagi memandangkan rangkaian 5G masih tidak meluas di seluruh dunia dan masih pada peringkat awal implementasi.

Model Galaxy S10 Plus ini juga dijangka menawarkan skrin bersaiz 6.44-inci, selain dilengkapi dwi-kamera hadapan dan tiga kamera belakang.

Ia dikatakan untuk menyokong rangkaian 5G, mereka perlu menambah beberapa antena tambahan berbanding rangkaian 4G sebelum ini. Hal ini juga dijangka akan turut meningkatkan harga jualan peranti berkenaan kelak.

Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S10 seawal Januari kelak, namun model 5G hanya dijangka hadir sekitar Mac 2019. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut pengeluar dari Korea Selatan ini dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN