Semalam, kotak yang dikatakan adalah milik OnePlus 6T tertiris. Moto pada kotak itu bukan lagi ‘The Speed You Need’ seperti OnePlus 6, tetapi ‘Unlock The Speed‘ dengan ikon cap jari pada skrin. Ini berkemungkinan besar adalah OnePlus 6T akan hadir dengan imbasan cap jari bawah skrin.
Kini, imej pengolokan OnePlus 6T berwarna merah tertiris. Ia selari dengan spesifikasi yang tertiris baru-baru ini. Iaitu hadir dengan tri-kamera, tiada pengimbas cap jari di belakang dan hadir dengan skrin bertakuk kecil seakan titisan air.
Walau bagaimanapun, imej pengolokan ini mungkin adalah suntingan palsu atau hasil dari suntingan yang pakar. Ini kerana padangan hadapan imej tersebut tidak kelihatan butang gelungsur notifikasi dan hanya ada butang kuasa. Tetapi pandangan dari belakang, butang gelungsur notifikasi kelihatan.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai OnePlus 6T, ia mungkin hadir seawal bulan Oktober dan menurut sumber dalaman kami bulan November adalah bulan OnePlus 6T masuk ke pasaran Malaysia. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.