Google Menjadualkan Tarikh 9 Oktober Untuk Pengenalan Pixel 3

Google Menjadualkan Tarikh 9 Oktober Untuk Pengenalan Pixel 3

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Bagi para peminat peranti Android, semestinya salah satu peranti yang dinantikan adalah telefon pintar rasmi daripada Google yang dijenamakan Pixel. Untuk tahun ini, ia akan memasuki generasi ketiga, dan Google kini menjadualkan pengenalannya pada 9 Oktober 2018 kelak.

Google dijangka memperkenalkan Pixel 3 dan juga Pixel 3 XL pada acara berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, kedua-dua peranti ini telah tertiris beberapa kali sebelum ini – terutamanya Pixel 3 XL yang memperlihatkan penggunaan takuk yang bersaiz besar.

Kedua-dua telefon pintar ini juga dijangka mengekalkan penggunaan hanya satu kamera belakang dan bukannya mengikut trend seperti pengeluar lain. Malah, Google sendiri sebelum ini telah memperlihatkan keupayaan kamera yang tinggi melalui Pixel 2.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 9 Oktober ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Google.


TIPS & ULASAN