Cari @ Amanz

Vivo X23 Kini Rasmi Dengan Cip Snapragon 670 Dan 8GB RAM

Link Copied!

Vivo amat agresif dalam pengenalan model terbaru mereka sejak dua tahun kebelakangan ini. Semalam Vivo X23 akhirnya diumumkan secara rasmi dan ia mempunyai skrin sebesar 6.41-inci SAMOLED FHD+ bertakuk kecil, dijana pemproses Snapdragon 670, memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 128GB.

Spesifikasi kamera pula ialah 12+13 Megapixel f/1.8+f/2.4 dengan sensor sekunder dilengkapi lensa ultra lebar. Ini bukanlah peranti dengan sistem zoom optikal. Kamera swafoto pula sebesar 12-Megapixel f/2.0. Seperti peranti-peranti Vivo lain di pasaran, X23 turut dilengkapi sistem kecerdasan buatan pada kamera untuk mengambil gambar pada tetapan optimum.

Sebuah bateri sebesar 3400 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas  Dual Engine 22.5W. Peranti mempunyai sistem nyahkunci wajah infra-merah bagi membolehkan ia digunakan di dalam gelap dan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Sistem operasi Android 8.1 digunakan dengan pelancaran Funtouch OS 4.5.

Di China Vivo X23 dijual pada harga RMB 3,500 (~RM 2122) sebuah dalam pilihan warna merah, ungu dan oren.


Komen ()