Semalam kami laporkan gambar Nokia 9 dengan lima kamera tertiris ke arena web. Gambar tersebut agak kabur tetapi pagi ini sekali lagi rekaan peranti mercu Nokia ini tertiris tetapi dengan kualiti gambar yang lebih terang.
Dapat dilihat lima kamera pada bahagian belakang dengan penjenamaan Zeiss. Lima kamera ini disusun dengan lampu flash dan satu lagi modul yang dipercayai adalah pemancar infra-merah untuk pemfokusan. Ini memberikan rekaan yang unik untuk Nokia 9. Dari beberapa ura-ura yang didengari, Nokia 9 akan menggunakan pemproses Snapdragon 845 dan kemampuan kamera yang terbaik pada peranti pintar 2018. Adakah anda kini teruja?