Telekom Malaysia semalam telah memulakan pendaftaran untuk pakej Unifi Pro 100Mbps baru mereka pada harga RM129 sebulan. Hal ini sekaligus membawa kepada pelbagai pertanyaan berkenaan sama ada pengguna sedia ada boleh beralih ke pakej berkenaan atau sebaliknya.
Bercakap mengenainya, pihak TM mengatakan pengguna boleh naik-taraf atau turun-taraf ke pakej baru ini, tetapi kontrak anda akan dilanjutkan kepada 24 bulan. Pada masa yang sama, pengguna yang mendaftar pakej ini tidak akan menerima naik-taraf ke Unifi Turbo.
Untuk makluman, TM telah menjanjikan penaik-tarafan ke Unifi Turbo bagi pelanggan sedia ada, dimana kelajuan akan dinaik-taraf kepada sehingga 10 kali ganda. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan pakej Unifi 30Mbps, maka anda akan menerima naik-taraf kepada sehingga 300Mbps.
Walaubagaimanapun, naik-taraf ini adalah berperingkat dan akan dilakukan mengikut lokasi sehingga 2019 kelak.
Apa pun, sekiranya anda tidak ingin menantikan naik-taraf berkenaan, dan memadai dengan kelajuan 100Mbps, maka anda boleh mendaftar pakej baru ini dan lebih berjimat berbanding pelanggan Unifi 100Mbps sedia ada yang membayar lebih mahal.
Dengan pertukaran pakej ini, kontrak anda akan dilanjutkan kepada 24 bulan dan anda tidak akan mendapat turbo speed upgrade 2018/2019. Sila kunjungi TMpoint terdekat untuk bantuan lanjut.
— help me unifi (@helpmeunifi) September 7, 2018