Kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai SST untuk pengguna prabayar bermula semalam, 6 September, sekaligus membolehkan pengguna menerima kredit penuh untuk setiap tambah-nilai yang dilakukan.
Selari dengannya, ramai pengguna pascabayar bertanyakan status untuk penggunaan mereka. Menyentuh mengenainya, kerajaan mengatakan yang mana cukai perkhidmatan sebanyak 6% dikekalkan seperti biasa untuk pengguna telekomunikasi pascabayar.
Hal ini bukan sesuatu yang baru, malah telah diimplementasikan sejak daripada GST sebelum ini. Melaluinya, pengguna akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 6% untuk bil penggunaan mereka untuk sesuatu bulan.
Pengecualian untuk prabayar diberikan kerana ia sering digunakan golongan berpendapatan rendah, selain pelajar dan sebagainya. Pengecualian cukai SST ini diberikan dalam membantu golongan berkenaan.
Pada masa yang sama, ia turut ditekankan yang mana pengecualian cukai SST untuk prabayar adalah hanya untuk pengguna warganegara Malaysia sahaja.
#ICYMI : Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kekal dikenakan ke atas pengguna telekomunikasi pascabayar seperti yang dilaksanakan semasa GST.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pengecualian SST hanya termaktub kepada warganegara yang menggunakan kad prabayar sahaja. pic.twitter.com/LOQ9marcO4
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 7, 2018