Fortnite Untuk Android Kini Menyokong Peranti HTC, Sony, Motorola Dan Essential

Fortnite Untuk Android Kini Menyokong Peranti HTC, Sony, Motorola Dan Essential

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Fenomena permua Fortnite kini dapat dirasai di seluruh dunia. Ia boleh dimainkan di PC, konsol dan juga peranti mudah alih. Oleh kerana sokongan pelbagai platform, Epic Games mengehadkan sokongan permua Android ini pada peranti tertentu sahaja. Dengan kemaskini V5.4, ia akhirnya menyokong peranti HTC, Sony, Motorola dan Essential.

Sokongan rasmi ini akan memastikan permua akhirnya boleh digunakan atau lebih lancar selepas kemaskini. Selain daripada itu pelbagai pepijat ditampal bersama dengan sokongan VOIP pada peranti Android. Pengoptimasian turut dilakukan pada peranti dengan GPU Adreno. Pada iOS pula tampalan pepijat skrin terpadam dan kawalan menggunakan giroskop juga diberikan.


TIPS & ULASAN