Twitter hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan rekaan antaramuka baru untuk pengguna Twitter web di desktop – menawarkan sedikit perubahan pada antaramuka laman sosial berkenaan.
Antaramuka baru ini membawa hanya dua lajur, dimana yang pertama untuk garis masa Tweet, sementara lajur kedua memaparkan topik popular, akaun yang anda boleh ikuti dan sebagainya.
Untuk makluman, antaramuka baru ini bukan sesuatu yang baru sepenuhnya. Tetapi, ia telah diguna-pakai pada Twitter Mobile sejak beberapa bulan lepas.
https://twitter.com/Twitter/status/1037742693575733248
Dengan pengumuman baru ini, ia memperlihatkan yang mana Twitter akan menggunakan rekaan dan teknologi sebalik Twitter Mobile sebagai antaramuka baru untuk semua pengguna desktop. Hal ini sekaligus akan memudahkan pembangunan dipihak Twitter, selain membolehkan mereka menambah pelbagai ciri-ciri baru dengan lebih mudah. Malah, antaramuka Twitter Mobile boleh dikatakan lebih kemas berbanding Twitter web di desktop hari ini.
Antara ciri-ciri baru yang akan hadir adalah termasuk sokongan Bookmark, penjimatan data Data Saver dan beberapa yang lain.
Bagi anda yang tidak sabar mencubanya, boleh menyemak laman Twitter Mobile hari ini. Atau mungkin anda perlu nantikan beberapa bulan sebelum antaramuka ini diperkenalkan secara rasmi kepada semua pengguna.