Mediatek, Megvii Dan Himax Bekerjasama Menghasilkan Sistem Imbasan Wajah 3D Seakan Face ID

Mediatek, Megvii Dan Himax Bekerjasama Menghasilkan Sistem Imbasan Wajah 3D Seakan Face ID

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Sistem imbasan wajah Face ID adalah yang paling selamat kerana mengimbas wajah secara tiga dimensi. Setakat ini sistem yang sama pada Android hanya ditemui pada peranti seperti Xiaomi Mi 8 Explorer Edition. MediaTek, Magvii dan Himax semalam mengumumkan sistem imbasan wajah 3D yang menurut mereka setanding dengan Face ID.

Sistem mengimbas wajah secara tiga dimensi ini menggunakan pemancar titik infra merah dan  kamera infra merah keluaran Himax. Ia dipadankan dengan algoritma wajah Face++ oleh Magvii dan disokong oleh cip Helio P60 serta Helio P22 keluaran MediaTek. Dengan pengenalan sistem imbasan wajah secara 3D ini, mungkin ia akan semakin popular pada peranti Android sehingga mula menjadi fungsi standard telefon pintar di masa hadapan.


TIPS & ULASAN