Digital Wellbeing Menerima Kemaskini, Kini Lebih Mudah Diakses

Digital Wellbeing Menerima Kemaskini, Kini Lebih Mudah Diakses

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Digital Wellbeing adalah sistem baru di dalam Android 9.0 Pie. Ia memfokuskan pada kawalan pengguna menggunakan peranti pintar. Hari ini, mana-mana peranti yang menyokong Digital Wellbeing menerima kemaskini. Ia kini lebih mudah untuk diakses.

Sebelum ini, Digital Wellbeing hanya boleh diakses melalui tetapan. Di mana pengguna perlu membuka tetapan dan tatal sehingga ke bahagian bawah. Kemaskini baru ini menambah ikon pintasan pada talam aplikasi dan juga ikon pintasan pada talam notifikasi.

Selain itu, apabila pengguna tekan ikon pintasan pada talam notifikasi – ia akan terus mengaktifkan fungsi grayscale yang menukar warna skrin kepada kekelabuan untuk pengguna mudah melihat pada waktu malam. Google juga turut mengemaskini sedikit antaramuka pada papan pemuka Digital Wellbeing.

Muat Turun Digital Wellbeing Di Google Play Store


TIPS & ULASAN