OpenGApps Kini Hadir Untuk Custom ROM Android Pie

OpenGApps Kini Hadir Untuk Custom ROM Android Pie

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Kebanyakan custom ROM yang berada di luar sana kebiasaannya hadir tanpa sebarang aplikasi sistem Google. Jadi rama yang perlu flash OpenGApps untuk mendapatkannya. OpenGApps sedia terkenal dengan pelbagai fail aplikasi sistem Google .zip yang mudah digunakan untuk diflash pada peranti dengan custom ROM.

Sekian lama menanti, hari ini OpenGApps telah menerbitkan fail .zip untuk cutom ROM berasaskan Android Pie. Di laman OpenGApps, pengguna bebas memilih jenis aplikasi sistem Google baik dari flash secara keseluruhan ataupun fail AROMA yang membenarkan pengguna membuat pengubahsuaian melalui mod baik pulih.

Muat Turun OpenGApps Untuk Custom ROM Android Pie Di Sini


TIPS & ULASAN