MIUI 10 adalah sistem operasi berasaskan Android yang dibangunkan oleh Xiaomi. Ia mempunyai antaramuka gabungan iOS dan AOSP Android 9.0 Pie. Selain itu, MIUI 10 turut mempunyai kecerdasan buatan terbina. Setiap binaan MIUI 10 masih lagi berasaskan Android 8.0 Oreo, sehingga hari ini MIUI 10 berasaskan Android Pie kini hadir buat pengguna Xiaomi Mi 8.
Android Pie is available on Mi 8 (insider beta) now in China. It will roll out later for global. pic.twitter.com/p19XKaHlIQ
— MIUI (@miuirom) September 6, 2018
Walau bagaimanapun, MIUI 10 berasaskan Android Pie ini masih lagi dalam bentuk beta tertutup dan hanya hadir buat pengguna di China. Menurut kicauan rasmi MIUI, @miuirom – versi global akan hadir kelak.
Jika anda flash ROM ini anda perlu berhati-hati, kerana ROM ini mempunyai sistem yang tidak boleh diturun taraf seperti Redmi Note 5. Ini bermakna, jika anda sudah flash ROM ini – anda terpaksa gunakannya sehingga versi stabil hadir. Jika anda turun taraf, peranti anda hard brick dan terus tidak boleh digunakan.
- Muat Turun
- Cuba MIUI 10 Android Pie Beta Tertutup Untuk Xiaomi Mi 8